My Son's Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

~birthday celebration for my lovely son!!!~

''Happy Birthday...to you...''
''Happy Birthday...to you...''
''Happy Birthday...to Izzi...''
''Happy Birthday..to you...''
muahxxx

Selamat Ulang Tahun Pertama sayang...
Semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu...
Mama & Papa sayang Izzi sangat2 tau...
We will love you forever & ever..





for those y dtg memeriahkan lagi majlis sambutan ulangtahun ini..
TERIMA KASIH...THANK YOU..
kerana dpt meluangkan mase bsame untuk meraikannye...

~sekian~

Contest 'SEBELUM' dan 'SELEPAS' by CNP @ Cik Nurul Pinky

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all READERS yang di sayangai...
lame gle xupdate blog..

kali ni update untuk 1 1 nye contest y sy join..
iaitu 'Contest SEBELUM dan SELEPAS'
anjuran CNP or Cik Nurul Pinky...

Tanpa melengahkan mase lagi..
Saya nk share la cmne ak make up model ni ye...

LANGKAH-LANGKAH nye:
1. Bersihkan wajah dari sebarang mekap atau kekotoran...
2. Apply foundation..Saya menggunakan produk Kryolan..So, apply foundation Orange di bawah mate untuk menutup 'eye bag' dan foundation Hijau untuk menutup jerawat2 di sekeliling muke...Then, apply 1 lagi lapisan foundation y mengikut warne skin mke dan ratakan dengan kemas...
3. Sapukan loose powder untuk mendapatkan hasil y lebih smooth..
Selesai proses untuk bedak asas, sy truskan dengan bahagian mata..
4. Apply pembayang mata asas (berwarne krim/silver) di keseluruhan kelopak mata juga sebagai highlight di bawah tulang kening.
5. Then, apply pembayang mata y berwarne purple lembut + pink lembut (bergantung kpd kale baju yang hendak di pakai). Ratakan dengan kemas.
6. Sapukan pembayang mata yang agak gelap (hitam atau coklat gelap) di bahagian hujung mata. - Socket eye..Blend kn 2 warne tersbut supaya nmpk smooth dan nmpk sekata..
7. Oleskn eyeliner di atas dan bawah.. Kemudian pkaikan bulu mata palsu yang tidak terlalu tebal untuk kelihatan manis dan nice..
8. Sementara tunggu gam kering..Teruskan dengan kening..Sikatkn kening agar kelihatan kemas..Saya tidak cukur kening model saya..So sy just lukiskan bg kemas je..Sikat bagi nmpk teratur..
9. Apply blusher di btul2 bawah tulang pipi..Pastikan tidak terlalu bwh untuk mngelakkan pipi nmpk jatuh..Apply blusher bwarne pink lmbut dan ratakan.
10. Sapukan lipstik dengan membuat garisan bibir tlebih dahulu. Diakhiri dengan lip gloss untuk lebih cantik!!!!

TARAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!siap sudah...lihatlah gmbr di bawah...Model y telah di make over kn oleh sy..hihi =)





Camne CNP??Cantik x hasil mekap saya???hehehe

kepada semua READERS..berminat untuk join contest ni??tgk la blog CNP..--> http://www.inidiarinurul.com/2011_11_01_archive.html

BLOG TITLE



Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Kaum Melayu


Source: INTERNET SERVER

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara
berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•Wang tanda (hantaran)
•Baju sepasang atau kain
•Buah-buahan
•Kuih-muih
•Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu
telah mempunyai teman atau tidak.
•Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda,
kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun
bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:
•Cincin berlian
•Sirih junjung
•Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain)
bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
•Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian
sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah
keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan
dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti
berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal
pengantin.
•Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis
perkahwinan tersebut.
•Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda
ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan
perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi
mendapatkan gambaran awal.
•Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang
bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang
berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk
senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
•Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang
hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

  
LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama
Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat
Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•Membeli cincin kahwin.
•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin
menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang
ditawarkan.
•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya.
Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak
lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan
Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-
mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam
Seluruh Malaysia)

  
DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Membeli barang kemas
•Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan
anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya
tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku
kecemasan.
•Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang
awal pada majlis tersebut.
•Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-
saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
•Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis
pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu
juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis
ijab dan kabul.
Bagi pengantin lelaki
•Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•Cincin / gelang tangan / rantai.
•Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu
yang telah ditetapkan.
•Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.
(Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakaiialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa,Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang
telah ditetapkan
•Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

  
TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
•Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

 to all readers...HAPPY WEDDING DAY!!!

~update~

bile kat opis tak de bos..
ni la hasilnye...
wat bnde2 y menyimpang kuar dr skop keje..
haha..lame kot xupdate kt blog ni..
hurm..
nk cite ap ye...
ntah la..mcm2 bnde blaku skang ni..
tp 99.9% nye adalah prkara y manis belaka...

now..my baby boy is 5 month old..
dia da pndai meniarap..pastu menyondol ke depan..
kdg2 tu..smpi tkeluar dlm tilam..huhu..
skang da byk senyum kt org da..
tu y wat org geram sebenarnye..
dgn pipi gebu cm papa dia..
mate sepet cm papa dia..
tembam pn cm papa dia..
mmbuatkan dia nmpk comey sgt...
"mama geram la sama kamu..."
nnti da besa..jgn nakal2 ye syg...
jage akhlak...jage solat...
jadi ank y soleh ye syg...
papa n mama luv u ketat2...
muahxxx

xxx
nnti izzi da besa..
mama bwk izzi jenjalan ye...
xxx 
xxx
izzi bekawan ngn iman..
walid iman tu ustaz..
nnti leh blaja ngaji same2 ngn iman..hihi
 xxx
xxx
eh, k.alya pn ade...
nnti kwn baik2 ye..
xmo gaduh2 tau..
mama xske cmtu...
xxx 
xxx
ha..ni habuannye kalo izzi baik...
mama bli kn mainan byk2..
tgk tu..bola colourful..
cantek kn...
xxx

hurm...
ap la ak duk merepek kt blog ni...
haha..tulis merapu merapan...
haha..ntah pape jek..
k la..nnti ble2 ak letak gmbr izzi lagi...
skang ni izzi la penghibur ak..
so..ak nk letak gmbr izzi byk2..
share ngn u ols..
tu pn kalo u ols nk tgk la..
hehe..(",)

daa...salam...semoga bahagia selalu kpd readers sume...ak doakan kite sume sntiase d redhaiNya selalu..amin...

~wedding k.anna~

emm...
malas giler ak nk bebahasa basi ni...
ak upload pic je la eh..
u ols tatap la pic ni puas2..hehe..

to Abang Apiz n Kak Dyna...
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
Semoga bahagia bersama selamanya k...
muahhhhxxxxx